Pakej Memancing Pulau Songsong
Lokasi : Perairan Pulau Songsong, Yan Kedah
Lokasi Berkumpul : Jeti Nelayan, Yan Kedah
Masa Bertolak & Balik : Mengikut Jadual Pasang Surut Air Laut
Masa Perjalanan : 30-45 Minit
(Jaket Keselamatan Disediakan)
Pakej 1 : Pergi & Ambil Pulau Songsong
Bil. Penumpang : 5-6 Orang
Harga : RM 400.00 sebuah bot pergi/balik
Pakej 2 : Pergi & Ambil Pulau Songsong
Bil. Penumpang : 9-11 Orang
Harga : RM 560.00 sebuah bot pergi/balik
Pakej 3 : Memancing di Karang & Tukun (Siang)
Bil. Penumpang : 2-3 Orang
Masa : 5-8 Jam
Harga : RM 360.00 sebuah bot
Pakej 4 : Memancing di Tuas (Siang)
Bil. Penumpang : 5-6 Orang
Masa : 5-8 Jam
Harga : RM 600.00 sebuah bot
Tempahan Juga Dibuka Untuk Mereka Yang Ingin Mengadakan Aktiviti Perkhemahan (Sila rujuk pakej perkhemahan)
(Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi 012-5525863-Aman, atau email kepada [email protected])
Maklumat:
*Harga tidak termasuk penyediaan umpan
*Tempahan untuk kemudahan penginapan 'hotel/home stay' disediakan
*Pakej tertakluk kepada kekosongan
*Tertakluk kepada perubahan cuaca dan keadaan laut
*Pengesahan perlu disertakan dengan pembayaran penuh
*Keselamatan di bawah tanggungjawab sendiri
*Wang tidak akan dikembalikan untuk sebarang pembatalan dari pihak pelanggan
*Kos pengangkutan, makanan dan lain-lain kos tambahan tidak ditanggung oleh pihak kami
*Pembayaran boleh di buat ke akaun Rozniaga Enterprise 5628-3461-0916 (Maybank)
*Pulau Songsong boleh dihubungi oleh semua talian telefon utama
*Peralatan memancing tidak disediakan
*Tidak dibenarkan menganggu/merosakan flora & fauna semasa berada di Pulau
*Semua sampah perlu di bawa balik
Info Pulau Songsong
Pulau Songsong terletak di perairan daerah Yan, negeri Kedah, utara Malaysia. Pulau tidak berpenghuni ini sesuai untuk aktiviti menyelam dan mengail. Pulau lain yang berhampiran ialah Pulau Bunting, Pulau Telor dan Pulau Bidan. Ia juga merupakan tempat pendaratan penyu untuk bertelur pada masa-masa tertentu dan sebagai tempat berlindung para nelayan ketika angin kencang dan laut bergelora.
Petikan Akhbar:
ALOR SETAR, 30 Jan (Bernama) -- Kerajaan Kedah memperuntukkan RM20 juta bagi membangunkan kawasan pelancongan di Merbuk dekat sini termasuk memajukan Pulau Songsong di perairan Yan, yang dilihat berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan terbaru.
Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia M. Manikumar berkata perancangan yang dibuat untuk memajukan Pulau Songsong itu masih pada peringkat perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (UPEN).
"Jika ada komen negatif dari pihak UPEN, kita akan membuat analisis dan perbetulkan supaya ia dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya kepada Bernama, di sini.
Manikumar berkata projek itu dijangka dapat disiapkan dalam masa lima tahun untuk jangka pendek dan 20 tahun untuk jangka panjang.
"Projek ini masih di peringkat perancangan dan setakat ini sudah lima syarikat swasta yang berminat untuk membangunkan pulau itu sudah menghantar kertas kerja mereka," katanya.
Manikumar berkata pihaknya akan meneliti secara terperinci kertas kerja itu sebelum membuat pemilihan kontraktor secara konsortium bagi memudahkan projek dijalankan.
Katanya sebuah jeti akan dibina bagi memudahkan pelancong pergi ke pulau berkenaan dan ada juga perancangan untuk membina jambatan bagi menghubungkan pulau itu dengan tanah besar.
"Kita masih lagi berbincang dan mengkaji jenis pembangunan yang bakal dibangunkan di pulau itu supaya ia bersesuaian dengan aktiviti yang boleh dijalankan di pulau tersebut," katanya.
Katanya jika pulau itu siap dibangunkan, ia dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong bukan sahaja dari negeri-negeri di utara tanah air, malah berkembang kepada pelancong-pelancong lain di seluruh negara serta luar negara.
-- BERNAMA